Esok, Sabtu 9 May 2010, negara Rusia ini sekali lagi akan menyambut perayaan terbesar nasional mereka - Victory Day (atau dalam bahasanya День Победы), yang ke-65. Sambutan kali ini dijangka akan diadakan dengan semeriah-meriahnya dan saya jangka lebih meriah daripada sambutan ke-60 pada lima tahun lepas.
Pada tahun 2005 lepas, pemimpin-pemimpin utama dari 60 buah negara telah dijemput untuk menyaksikan parade mereka di Red Square, Moscow Center. Dengan gah dan terasa besarnya mereka, segala kekuatan, kelengkapan dan barisan angkatan dipersembahkan ke seluruh dunia. Sehinggakan center Moscow ditutup dan langit ditembak bagi menahan hujan turun. Semua itu khas dibuat untuk upacara berprestij itu.
Lebih seminggu lepas lagi kehangatan Pobedi ini dirasai. Jalur Emas kehitaman yang menjadi simbol perayaan ini dipasang di mana-mana. Di tepi-tepi jalan, kereta, bendera, banner dan poster. Band jalur juga diedarkan kepada rakyat mereka. Malah di dalam bas pun, sekali sekala diperdengarkan lagu pobedi mereka ini.
Kagum juga melihat semangat patriotik mereka. Sayang mereka kepada tanah air, sayang mereka kepada kejayaan dan sayang mereka kepada para pejuang terdahulu.
Bagaimana pula kita dan tanah air kita?
Tidak dinafikan warga belia mereka juga majoritinya hanyut ditipu hendonisme, sekularisme, dan westernisme sehingga hilang identiti sendiri. Populasi penduduk mereka kini kian menurun tahun demi tahun akibat tidak mahu berkahwin dan abortion. Boleh dikatakan seorang wanita at least pernah sekali dalam hidup mereka melakukan abortion (pengalaman semasa belajar OnG di sini). Ditambah pula, baru-baru ini saya terbaca yang perokok paling muda di Rusia ini adalah dikalangan yang berumur 8 tahun.
Allahuakbar! Hancur belianya. Negara ini sendiri memang terasa gah dan besarnya dalam pelbagai perkara sehingga berani nak lawan US, walhal kehidupan mereka sedang dijajah oleh sistem-sistem yang menghancurkan kehidupan mereka.
Jatuh sistem jahiliyyah soviet dan naiknya sistem jahiliyyah kapatalisme dan sekularisme tidak akan dapat mengubah apa-apa keadaan sosial, ekonomi, kenegaraan dan lain-lain selagi Islam yang tidak mengambil alih. Manusia akan terus rosak dan rosak walaupun datang lagi sistem jahiliyyah yang baru untuk menggantikan apa yang ada sekarang ini.
Bagaimana manusia hendak menyusun sistem untuk kehidupan manusia sedangkan manusia itu tidak tahu hakikat diri mereka sendiri?
Baliklah kepada Islam. Ad-deen yang diredhai Allah, Tuhan yang menciptakan manusia. Dia lebih mengetahui segala isi hati, kehendak dan keperluan manusia. Dia juga lebih tahu apa yang manusia tidak petlu dan berbahaya kepada dirinya, sama ada dalaman dan luaran. Semuanya telah terbentang luas disusun dan diceritakan dalam Islam. Mahu atau tidak sahaja kita untuk mengambilnya.
Apa pun, selamat menyambut Victory Day oh Russia !
*** Esok tatkala mereka sibuk berRaya di Red Square, saya pula akan join program Rehlah. Ambil manfaat daripada cuti tiga hari dalam spring ini untuk berprogram sebelum masing-masing akan sibuk untuk prepare exam. Moga semuanya berjalan baik. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment