Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, February 23

Happy Men's Day !!!


Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingati Tuhan
tunduk pandangannya penuh kesederhanaan

Lelaki acuan al-Quran
lembut tuturnya dalam ketakwaan
Quran dan sunnah jadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan

Lelaki acuan al-Quran
hidup matinya kerana tuhan
hidup matinya kerana tuhan

Dialah lelaki acuan Quran
Jadi teladan sepanjang zaman
Jadi teman di perjalanan



AfiqAwe
Moscow @ 23 Feb 2008

***Best wishes to all men, reading my blog. =)

Sunday, January 20

Liatnya...


Liat betul Opekha ni...

Mari kita kunyah betul2...
gigit betul2...
ngap betul2...

sampai hadam betul-betul...

Lapar atau kenyang itu kita sendiri akan rasa nanti...

Friday, January 11

Hijrah Menuju Allah





Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


*lagu yang agak kerap terdgr kat IKIM FM semalam. Best!
Klik kat sebelah itu utk play~...


Wednesday, January 9

1429 H dan Perubahan Kita...

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih saying dan banyak lagi.

Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang ingin dilakukan
dalam masyarakat sekitar anda mulai 1429 ini?


-Andai kita ini seorang yang malas menunaikan solat, tanamlah keazaman untuk melengkapi solat 5 waktu itu.

-Andai kita ini selalu malas solat berjemaah terutamanya di masjid atau surau, ayuh gerakkan kaki kita melangkah ke sana. Ajak kawan-kawan disekeliling anda sekali.

-Andai kita ini seorang pelajar yang malas, lemah dalam studies… yes, inilah masanya untuk melakukan perubahan itu!

-Andai kita ini masih banyak jahil tentang Islam, marilah… banyak majlis-majlis ilmu telah tersedia di hadapan anda. Ada usrah, ada halaqah dan banyak lagi. Hanya yang tidak terasa hausnya sahaja tidak akan nampak majlis-majlis ini.

-Andai kita ini suka banyak merapu, mencarut, mengumpat, mengeji, mengutuk dan berketawa-ketawa, ubahlah dan cantikkanlah akhlak budi pekerti kita itu.

-Andai kita ini masih hanya menutup kepala sahaja, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Andai kita ini masih hanya memakai seluar di atas lutut, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Dan andai kita masih lagi belum menutup aurat, mengapa tidak mulai 1429 H ini kita ingin berubah kepada menutup aurat?

-Andai kita ini masih kurang melakukan sunnah-sunnah Rasulullah, ambillah hijrah ini sebagai masa untuk mula melakukannya dan seterusnya berusahalah untuk menanam kecintaan terhadap baginda.

-Andai kita ini kurang membaca Quran, boleh la start buka-buka Quran itu mulai tahun ini. At least 1 page sehari…

-Andai kita masih lagi excessive layan YM, YouTube, Anime, Korea, Bloggings, Movies, SeriesTv, Bola, Games dan macam-macam lagi, inilah masanya untuk berubah dengan mengurangkannya.

-Andai kita ini mempunyai hubungan dengan pasangan laki/perempuan dalam keadaan yang ‘illegal’, ayuh usahakanlah ke arah untuk merasmikan dan meng-Halal-kan perhubungan itu.

-Andai kita ini masih terasa berada dalam zaman Jahiliyyah, Давай!! Inilah masanya untuk keluar daripada zaman kegelapan kita itu.

Dan yang paling penting,

Jika dahulu hijrah kita adalah kerana harta, pangkat, laki/perempuan dan duniawi…

Marilah betulkan niat itu….

Hijrahkanlah diri kita itu kepada Allah dan Rasul.


Andai kita tanamkan niat dan keazaman PEMBAHARUAN ini…

Dan berusahanya dengan bersungguh-sungguh...

Dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kita sentiasa istiqamah dengan Hijrah ini...

Insya Allah, Dia akan bantu kita…


Usah risau apa orang kata,

Usah malu apa orang tengok kat kita,

Semua tu tak penting,

Malu di hadapan Allah adalah lebih baik,

Daripada terasa malu dihadapan kawan-kawan kita.

Usah juga risau keampunan daripada Allah,

kerana sungguh, Dia itu Maha Pengampun.


Ingat,

Label tak penting, rupa tak peting, dan jasad pun tak penting,

Yang penting adalah hati dan amalan kita.






“Label, walau nampak je buruk, asalkan minum airnya sedap”


Hijrah Rasulullah dan umat Islam atas perintah Allah swt

bermulanya kejayaan dan kegemilangan Islam.

Hijrah kita pun…!!! Insya Allah…

Sunday, January 6

Kerana Syahadah aku Da'ie...

“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan,

aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga,

dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir "


EPILOG

“Saf, petang nanti kita ada usrah. Jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak Safiya di Café Mahallah.


“erm, tengoklah macam mana…. Saya macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti saya inform kat awak balik.”

Risau juga saya kerana takut-takut Saf tidak datang sekali lagi usrah pada kali ini. Sudah hampir tiga kali dia tidak hadir dan pada setiap kali itu, saya terserempaknya di Café Mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.


Saya pujuk-pujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan kot. Namun sebagai saudara se-usrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabat ini.

Safiya, bukan orang biasa. Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya berusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut. Yes, Betul tu. Saya sudah merasainya sekarang.


Safiya!


Hinggalah suatu hari..


“Iz, saya nak keluarlah dari usrah! ni bukan tempat saya…”

Gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.


TARBIYYAH DAN FUTUR


Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabat-sahabat yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur.

Jika anda pernah berusrah, mungkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.

Futurkah kita?

AWAS JIKA KITA SUDAH MENGALAMI PETANDA-PETANDA DI BAWAH!


1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.


2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid.
Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.


3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan menghulurkan bantuan dalam aktiviti dakwah, namun kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang seakanlebih menguntungkan kita.


4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.


5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya


6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku 'sampingan', komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.


7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. mulanya tidak mahu jadi jumud sangat, biar nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?


8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . Jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat menasihati sahabat-sahabat.


9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara!


10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran.
Kemudian, sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.


KEMBALILAH SAHABAT..


Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.

" Ingatlah, selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah kepada kita "

p/s : tidak salah jika kita ingin berdunia-dunia sedikit, namun janganlah kita jauh terus daripada 'berakhirat-akhirat'


(diolah sedikit drpd Nurizz)

Thursday, January 3

Penyaksian Kebenaran



Sebenarnya apabila kita akui Allah itu sebagai Tuhan kita dan Islam itu sebagai deen, kemudian kita pulak dah lafazkan syahadah yang sebenar itu (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Itu Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini. Kita juga mesti juga fikirkan apakah yang kita dapat lakukan untuk menunaikan tugas yang penting dan wajib ini?

Dan jika kita tidak melaksanakannya (kewajipan itu) atau kita tidak rasa berusaha pun untuk melaksanakannya, sebenarnya kita sedang menempah suatu akibat buruk daripada perbuatan kita sendiri dan kita akan mendapati kita termasuk dalam satu golongan yang rugi di dunia mahupun dan di akhirat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,

Apakah sebenarnya tanggungjawab yang dkatakan boleh membawa akibat buruk itu jika kita mengabaikannya?

Suatu yang perlu kita sentiasa ingat ialah tanggungjawab besar ini tidak akan terlaksana dengan hanya kita beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat. Tanggungjawab ini juga tidak tertunai dengan hanya kita melaksanakan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malahan ia tidak cukup sekadar kita melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi seperti perkahwinan, cerai atau pusaka.

Dan kemudian, selepas selesai tiga perkara di atas itu, kita dah boleh rasa untuk berpeluk tubuh dan tidur lena???

Tidak! Bukan sedemikian rupalah saudara/saudari sekalian,

Ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada semua itu.

Sedarlah semua,

Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Kitab suci yang mulia telah mengingatkan kita bahawa Allah Taala telah meletakkan kita sebagai satu ummah perantara (wasato). Malah Allah memilih kita, dan bukan umat-umat yang lain supaya kita melaksanakan segala hak syahadah ini.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan dua cara iaitu melalui perkataan dan juga perbuatan.

Kita perlu menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia samaada melalui kata-kata, penulisan, media dan pelbagai lagi jenis perantaraan (blog, email, YM, dll), melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul.

Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat lagi menafikan bahawa dakwah dan seruan para nabi dan juga kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

Allah Taala berfirman:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”

Allah juga mengingatkan kita akan hukuman daripada Nya andai kita menyembunyikan syahadah ini ketika di dunia. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita semua daripada akibat buruk yang bakal mereka terima di akhirat kelak.

Allah Taala sendiri berfirman:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?”

(Al-Baqarah: 140)

Sebenarnya kaum Yahudi telah pun dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya, ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini, dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat.

Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran.

Justeru itu, mereka layak menerima laknat selama-lamanya dan mereka juga ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri dalam wahyu-wahyu Allah.

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke atas bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita mesti menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita mesti bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah.

Kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah iaitu satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

Jadi, maksud sebenar di sebalik syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) ini yang perlu kita paparkan kepada seluruh manusia ialah kita buktikan bahawa kebenaran yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah untuk Allah menghukum hamba-hambaNya.

“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Nisa’: 165)

Suatu perkara yang jelas nyata ialah para nabi dan para rasul hanya diutus untuk menyampaikan syahadah ini. Sudah tentu tanggungjawab ini menjadi kewajipan mereka.

Setelah itu, selepas ketiadaan mereka tanggungjawab ini diwajibkan pula kepada orang-orang yang beriman dan akur dengan risalah dan perintah mereka.

Dan….

Pada hari ini tanggungjawab syahadah mesti dipikul pula oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan risalah Muhammad s.a.w..

Tanggungjawab ini kini menjadi tanggungjawab kita semua yang suatu ketika dahulu ia menjadi kewajipan pembawa risalah ini, Nabi Muhammad s.a.w. ketika hayatnya.



Adakah kita ingin terus-menerus menyembunyikannya ???

Sampaikanlah & Buktikanlah

kepada seluruh umat manusia akan Kebenaran Syahadah ini !

Thursday, December 20

Salam Aidil Adha 1428 H


Taqabbal Allahu minnaa wa minkum!


Selamat Hari Raya Aidil-Adha

kepada semua pembaca...
ter-utamanya mak, bapak, along, arep & ikah
dan keluarga serta sanak saudara di kampung halaman...


Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil pengajaran akan sejarah dan kisah Nabi Ibrahim a.s yang melambangkan kemuncak keimanan, kecemerlangan, kepatuhan dan keagungan penyerahan diri kepada Allah swt
dalam mengenali erti sebuah pengorbanan yang teragung.

Bertakbirlah... Bersyukurlah... dan Bergembiralah...!




Mohd Afiq Mohd Nor
Moscow
20 Disember 2007


Saturday, December 8

Sedikit demi sedikit~....

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "
(Al Baqarah 120)

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam bersabda:
"Barang siapa menyerupai satu kaum maka mereka adalah daripada mereka."

[Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud.]

------------

“Satu kisah pada zaman dahulu, ada satu raja di sebuah negeri ini memerintahkan jentera kerajaannya utk menggali sebuah kolam kosong yg sgt besar dan memerintahkan setiap seorang drpd rakyatnya utk mengisi segelas susu ke dlmnya. Waktu yg diberikan utk mengisi susu tersebut adalah hanya pd waktu tgh mlm yg gelap. Namun, adalah diharamkan sama sekali bg mrk, rakyat2 ini utk mengisi susu pd siang hari dan hanya raja itu sahaja tau sbb apa…

Maka, adalah seorang rakyat ni yg bernama Ahmad yg tinggal di bwh pemerintahan raja tersebut. Ahmad ni amat kekurangan bekalan susu di rumahnya. Jadi, apa yg difikirkan oleh Ahmad ialah dia hanya ingin menuang segelas air kosong ke dlm kolam tersebut. Pada pendapatnya, tiada sesiapa yg akan perasan akan perbuatannya itu memandangkan waktu yg diberi utk mengisi susu itu adalah hanya pd waktu mlm dan hanya segelas je yang terisi air kosong.

“Apalah sangat kesannya jika hanya segelas air kosong itu dituangkan ke dalam sekolam susu,” desus hatinya.

Maka, Ahmad pun buatlah seperti apa yg dirancangnya itu. Pada keesokan harinya, terkejut ‘berok’ raja tersebut melihat kolam tersebut hanya dipenuhi dengan air kosong! Aduih, rupanya-rupanya setiap rakyatnya telah memikirkan seperti apa yg Ahmad telah fikirkan. Berang sungguh raja itu sehinggakan die memerintahkan semua rakyatnya dihukum dgn siksaan berat”

(*byk riwayat citer yg ditokok-tambah).


Apakah mesej drpd cerita di atas?

Drpd kisah raja, rakyat, susu dan kolam ini, mesej jelas yg kita boleh ambil adalah:

> Kita sebagai muslim hendaklah merasakan tanggungjawab untuk mencegah segala kemungkaran disamping menyeru kepada kebaikan itu (amar maaruf nahi mungkar) adalah tanggungjawab yang dipikulkan atas diri kita. Jika kita ni duk mengharapkan org lain je (ustaz, peg. agama, ulama dll) untuk mencegah, padahal kemungkaran itu berlaku dpn mata sendiri, so kemungkaran akan dapat merebak dengan lagi cepat. Sedikit demi sedikit, dalam sekelip mata sahaja, kalau memang tak dipedulikan, ia akan menjadi seperti satu barah dan seterusnya dapat memusnahkan sistem dalam masyarakat yang unit asasnya adalah setiap individu muslim itu sendiri.

Manakala, kaitan dengan ayat2 yang diberi pada awal entry ini adalah untuk mengajak kita semua berfikir yang kita, umat Islam ni kini mengalami satu serangan pemikiran yg begitu hebat terutamanya dpd Barat sehinggakan kita sendiri keliru dgn sistem2 yg ada dlm Islam dan cara hidup yang berlandaskan Al-quran dan Sunnah.

“Erh betul ke Haram aku pergi kat situ?” “Erm… Kenapa tak boleh? Aku tengok semua org buat je..” “Perkara ni tak bertentangan dengan Islam-kan ?” “Ish, mcm mana nak moden kalau tak buat benda ni?” “Ala, kau ni Kolot sangatlah!!” dan macam-macam lagi…..

Begitulah kita, sehingga terpaksa mengeluarkan kata2 yg memeningkan kepala diri sendiri akibat kekeliruan yg menyelebungi diri kita. Si Yahudi & Nasrani pula sdg bergembira melihat kemiskinan, kemunduran, perpecahan dan peperangan yang berlaku di negara-negara Islam. Rancangan mereka sejak menjatuhkan sistem khilafah kita melalui serangan pemikiran kini semakin berjaya.

Sedikit demi sedikit mereka mengajak kita ke arah mereka, meniru cara hidup mereka, meng-agungkan mereka, dan membanggai sistem-sistem kehidupan yang mereka telah ciptakan itu.

Sedikit demi sedikit celupan fitrah Islam kita dikoyakkan, dicarikkan, dan dicabut daripada diri kita.

Sedikit demi sedikit kita mula meninggalkan Al-Quran dan As-sunnah dan mengambil ‘manual of conduct’ yang lain.

Sedikit demi sedikit kita mula melakukan maksiat kemungkaran dan meninggalkan perkara-perkara yang baik sehinggakan kita ditanam dengan rasa indah dan baik akan kemungkaran yang kita lakukan itu.

Yahudi dan Nasrani kini tidak perlu lagi bersusah payah menghantar sepasukan tentera utk menghancurkan Islam. Tapi, mereka perlu hanya menghantar ‘tentera-tentera’ yg berbentuk wang, hiburan, keinginan nafsu, perempuan dan pelbagai lagi.

Contoh yg kita dpt lihat skrg bagaimana program2 mrk di TV seperti Realiti TV, Siri-TV, Filem2 Hollywood, bahkan juga Bola Sepak dan lain-lain dapat melalaikan kita, umat Islam daripada tanggungjawab utama kita.

Kita lihat bagaimana party, prom, konsert, disko, pub dan lain2 terutamanya menjelang New Year, Merdeka dan perayaan tertentu kini makin dibanjiri oleh umat kita sendiri.

Kita lihat bagaimana pelbagai jenis permainan (permainan tv, komputer, gadgets, dll) kartun, animasi dan pelbagai lagi telah mempengaruhi minda adik-adik kita dan kita juga kot.

Kita lihat bagaimana artis2, sportsman, dan lain2 disanjung, diidolakan (malah dihafal ttg kehidupan peribadi mereka) dalam diri umat kita sehingga lupa akan Idola Utama kita – Nabi Muhammad s.a.w. Padahal dgn jelas selalu sahaja keluar berita-berita tentang masalah sosial dan kehidupan yg dialami oleh mereka seperti artis2 itu. Pelik-pelik….

kan Rasulullah ada pesan (mcm dalam hadis kat atas tu) bhw barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka mereka adalah seorang daripada kalangan mereka. So, kita ni nak jadi di kalangan siapa? Fikir2-fikirkan lah ye…;p

Umat kita kini sdg dibayangi dgn kehidupan yg kaya-raya ‘$’, senang, mewah dan begitu nikmat seperti yang digambarkan dlm program-program tersebut. Walhal, kehidupan dunia ini adalah senda gurau mainan sahaja, tapi kampong akhiratlah balasan yg istimewa.

Antara sebab berlakunya kekeliruan ini adalah akibat sikap umat kita yang Malas Membaca. Menurut Yusuf Qardawi; suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan scr terbuka cita2 dan keinginan negaranya (membina Israel Raya dari Nil ke Furat). Dia mendapat serangan & kecaman dari bangsanya, krn mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) & rencana jahatnya diketahui. Namun, dgn tenang ia menjwb serangan kaumnya, katanya: Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; Iqra(bacalah). Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

Wahai kaum Muslimin dan Muslimat yang dimuliakan oleh Allah!

Kita adalah sebaik-baik umat (bangsa) yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia!

Tau tak apa maksud sebaik-baik bangsa tu?

Nah, bukak Quran dan Terjemahan atas alamari tu... > Surah Al-Imran ayat 110. Baca erh.... =)

Individu Muslim yg berkualiti mesti diwujudkan kerana umat Islam adalah umat terbaik yang berperanan memimpin umat lain. Inilah hakikat yang perlu difahami oleh kita supaya kita dpt mengenal hakikat dan nilai diri yg diberikan oleh Allah utk menjadi angkatan barisan hadapan yg memegang teraju kepemimpinan (umat manusia) dgn sbb kita adalah sebaik-baik umat.

Oleh sebab itulah, muslimin (iaitu kita) tidak seharusnya menerima kepemimpinan daripada umat lain, malah kitalah yg sepatutnya memberi sumbangan dlm bentuk kepercayaan, kefahaman, sistem hidup, akhlak dan ilmu pengetahuan (termasuklah ilmu sains) yg betul.

Dan kenapa....?

Kenapa kita masih malas membaca ?

Kenapa kita masih malas menggali Ilmu ?

Kenapa kita mesti mencelup budaya bangsa lain?

Best sangat ke cara hidup yang macam itu ?

Umat terbaik inilah sepatutnya yang contoh untuk DITIRU, bukannya PENIRU!

Atau adakah kita ini ingin menjadi UMAT TERBAIK TIRUAN, BUKANNYA UMAT TERBAIK YANG SEBENAR?

Bermula dari aspek pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan pendidikan semuanya kita nak tiru bulat-bulat daripada sistem al-hawa, hatta rancangan TV pun. Padahal kita sendiri telah akui dan fahami sistem-sistem kita dan cara hidup kita adalah yang terbaik.

Kenapa?

Belum tibakah masanya lagi untuk kita sama-sama mengorak langkah mecelup diri kita dengan celupan Allah?

Belum tibakah masa untuk kita mengambil Islam secara keseluruhan dengan menolak semua yang bertentangan Islam? Dan membersihkan diri dgn menolak jahiliyyah-jahilyyah moden ini?

Belum bersediakah kita mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar disamping melakukan amar makruf nahi mungkar, melakukan perubahan sejati dan melaksanakan hukum Allah di bumi ini?

Renung-renungkanlah…...

*** Sumber Rujukan :

  1. Terjemahan Al-Quran
  2. NowWhy2 V 2.0.3 : V 2.0.4 :22-30 Zulqaedah1428 H PPIM MSC – RSMU
  3. Blog2 member

Thursday, December 6

Antara dua kanak-kanak....

Antara dua kanak-kanak yang dididik...

Tutup bendera mana-mana...
Tapi, fikirkanlah, renungilah, dan ambillah pengajaran...
Masa depan manakah akan membawa ke arah satu kegemilangan...?



STUDIO BINTANG KECIL


PIDACIL (Pemilihan Da'i Cilik)

Adik-adik kita pula mcm mana???


*Da'i - Seseorang yang menyeru. Menyeru kepada Allah swt.

Saturday, December 1

Tiga daripada Sunnah2...


-----
Antara tiga drpd sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yg selalu kita lupa dan malas nak buat;

1. Solat Berjemaah
Narrated 'Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "The prayer in congregation is twenty seven times superior to the prayer offered by person alone." (Book #11, Hadith #618 Shahih Bukhari)

>Kita memang dah dgr byk kali hadis ni... Dah TAHU dah.. dari kecik2 lagi. Mak Ayah selalu cakap. Atuk Nenek pun selalu pesan... Tapi, selalunya kita masih lagi tak MAHU untuk rajin-rajinkan diri kita agar MAMPU melakukannya dengan Istiqamah...

2. Doa Bersin
Narrated Abu Huraira: The Prophet said, " If anyone of you sneezes, he should say 'Al-Hamdulillah' (Praise be to Allah), and his (Muslim) brother or companion should say to him, 'Yar-hamuka-l-lah' (May Allah bestow his Mercy on you). When the latter says 'Yar-hamuka-llah", the former should say, 'Yahdikumul-lah wa Yuslih balakum' (May Allah give you guidance and improve your condition)." (Book #73, Hadith #243 Sahih Bukhari)

>Yang ni kita selalu ambik mudah. Kalau org rusia sendiri boleh wish “будет здоровье!” kepada kita selepas bersin. Mengapa kita ni yang mengaku muslim dan mukmin masih kedekut sangat nak doakan saudara sendiri seperti mana yang Rasulullah saw dah ajar... Bukan susah pun kan? Bukan sampai nak kena bagi duit pun kan? Ish ish ish… Just wish je la - 'Yar-hamuka-llah'..

3. Menyampaikan Salam apabila bertemu saudaranya.
Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The rider should first greet the pedestrian, and the pedestrian the one who is seated and a small group should greet a larger group (with as-salam-u-'Alaikum). (Book #026, Hadith #5374 Sahih Muslim)

>Kita selalu greet kawan kita dengan "hi, hello, weh, oit, mat, cik, dll…" Habis2 malas pun senyum je. Tapi, bila tgk Muslim dari negara lain... Aduih malunya. Mereka siap bersalaman lagi & bertanya khabar, padahal diaorg tu bukannya jarang tak berjumpa. Setiap hari hampir 5 kali sehari dah duk selalu berjumpa. So, Kita ni? Macam mana? Mungkin kita fikir "hai dan lain-lain greeting semcm tu" adalah satu trend baru yang perlu diikut, mcm dalam filem-filem yang Barat dah ajarkan kita tu - Baru nampak moden sket kan?. Atau mungkin kita terlalu setuju yang cara greeting ppl tu boleh dgn mcm2 cara, asalkan ia baik dan mendoakan kesejahteraan saudara kita tu. Tapi, kita kena ingat jugak yang Rasulullah saw ada ajar kita cara utk greet saudara kita kan? Mengapa Rasulullah ajar..? Fikir2kanlah...

------

So, kali ni saya nak 'tag' semua org dalam list saya tu... Nak tau gak sunnah mana kita selalu lupa & malas nak buat... Dan moga2 apa yg kita tulis dpt motivate kita dan kwn2 utk buat pulak. Bukan tulis saje2 je ye.. Insya Allah…

And one more, ketika sampai kepada kita sunnah Rasulullah saw, maka tak layaknya kita utk anggap remeh je dgn mengatakan ‘Ala.., ini hanya sunnah…’ Seseorang yang mengagungkan dan sayang Rasulullah s.a.w tidak akan pernah berkata mcm tu... Bila sampai kepadanya satu sunnah, ia akan memberi pengaruh kepada jiwanya; yakni akan timbulnya perasaan takut dan berharap kepada Allah swt agar dia tu akan diberikan satu kekuatan untuk melakukan sunnah tersebut.

Dan inilah yang terjadi pada para sahabat. Mereka tidak melihat apakah hukumnya wajib atau tidak, namun jika jelas ia dari Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada jalan lain bagi mereka kecuali mengamalkannya. + (Rujuk juga surah al-Ahzab: 36)