1)Allah berfirman: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)
2)Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah aw. Bersabda: “Puasalah pada bulan-bulan haram (mulya).” Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad.
3)Do’a keberkahan di bulan Rejab. Bila memasuki bulan Rejab, Nabi saw. mengucapkan, “Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana.”
“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”
Tidak TAHU pun kesahihannya... Tapi boleh ambil sebagai Akhbar Islami realiti dunia kita hari ini. Wallahualam.
Mungkin ada yang nak tahu betul atau tidak, boleh pergi check ya... =)
Apa yang saya dengar-dengar, di sebuah sekolah menengah harian di kawasan luar bandar di selatan tanah air, 81 daripada 1000++ pelajarnya pernah mengadakan hubungan seks sebanyak 41 kali.
"kalaulah itu yang berlaku di sekolah harian luar bandar, bagaimana pula sekolah-sekolah harian di bandar??? "
Kalaulah betul... Apa kerja kita? Geleng kepala sahaja? Bila kita nak betulkan masyarakat? Bila kita nak start tanam Islam dalam masyarakat?
Masih duk balah Politik siang-malam? Masih dengan hiburan program realiti apa kejadah tah kat TV-TV tu?
Apakah formula untuk TIDAK TIDUR semasa mendengar khutbah?
Kesian saya tengok. Tak kiralah budak sekolah ke, remaja ke, belia ke, pemuda ke, pakcik2 ke semua duk khusyuk 'mengangguk-angguk' semasa khatib bersemangat tengah bersyarah di depan.
Bangunlah wahai umatku! Dah la kuliah Subuh / Maghrib hang tak pernah dengar, Tazkirah pun jarang2, Radio dalam kereta lak dengar yang lagu2 hitzzz je,
Patutlah tak ambil tahu pun apa yang terjadi kat umat islam di sekeliling...
Aduih... Kat mana lagi nak dengar pengisian ruhi? Kat mana lagi nak dengar peringatan2? At least seminggu sekali waktu Jumaat macam ni
Kalau waktu ni pun nak tidur, takde la lagi waktu nak dengar tazkirah, kuliah, ceramah dll. Usrah lagi la jauh...
Tawakkal itu maksudnya kita bergantung semata-mata hanya kepada Allah selepas kita berusaha... walaupun dengan ikatkan tali unta untuk tinggalkan seketika...
Kita, lepas revise sungguh2 beberapa hari, berusaha untuk faham & hafal, kemudian solat hajat, kemudian tanam azam dan tawakkal kepada Allah.
Kemudian kita melangkah ke tempat exam,
ambil variant,
soalan,
dan kemudian jawab orally dengan examiner,
dan habissss...
Semuanya itu mesti bergantung kepada Allah SAHAJA, bukannya dengan TOYOL, tak kiralah toyol dalam poket ke, toyol PDA ke, toyol 'besar' kat sebelah kita ke,
Sebab semuanya itu membuatkan kita dah tak bergantung dengan ALLAH... Tapi, kita bergantung dengan benda lain yang ianya adalah selain daripada ALLAH...
Astargfirullahalaziim.....!
Sepatutnya setiap langkah kita adalah dalam harapan dan tawakkal, dan semuanya mengharapkan THE BEST daripada Allah...
Result apa pun yang kita dapat adalah yang terbaik untuk kita daripada ALLAH.
Untuk membaiki diri kita, Untuk mentarbiyyah diri kita, dan untuk meguji diri kita.
Boleh jadi ia dilihat 'pyat' pada mata kita, dan kita memang merasai ia hadiah daripada hasil usaha kita, tapi ingat ia adalah ujian daripada Allah...
Boleh jadi ia dilihat 'udov' pada mata kita, tapi ia adalah pengajaran untuk kita membaiki diri kita,... juga sebagai ujian daripada Allah...
Allah sebenarnya menilai kita bukan atas natijah apa yang kita dapat, tapi apa yang kita usahakan.
Insya Allah. ALL THE BEST. Semoga exam kali ini akan lebih membuatkan kita semakin dekat dengan Allah.
Saya sangat menyokong usaha ahli-ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menganjurkan kempen ini pada 31hb Mei pada setiap tahun. Tema untuk tahun ini adalah "Tobacco Health Warnings". Ia adalah satu gesaan kepada syarikat rokok untuk meletakkan ‘picture warning’ pada kotak rokok sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan risiko dan kesan buruk merokok dan dalam pada masa yang sama juga adalah untuk mengalakkan mereka 'quit' daripada Merokok.
Banyak negara yang sudah memulakan kempen sebegini. Misalnya negara kita - Malaysia, mulai Januari 2009, telah disyaratkan bahawa setiap pakej kotak mestilah mempunyai amaran kesihatan - 40% di hadapan, 60% di bahagian belakang dan juga di sudut sisi kotak)
Alhamdulillah…
Satu usaha yang sangat bagus. Sepatutnya kempen ini disambut dan diperbesarkan lagi oleh para pelajar dan pengamal perubatan Muslim. Ketidak-hirauan kita terhadap kesedaran ini menyebabkan hal ini tidak dipandang dengan serius dan masalah penyakit yang berpunca daripada rokok ini terus meningkat.
Merokok jelas membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Bukan sahaja kepada si perokok, malah orang di sekitarnya juga – berpeluang untuk menghidap masalah hasil daripada asal rokok itu (sekunder). Bakal doktor-doktor di sini pun tahu dan jelas sangat tentangnya. Di kelas, banyak sangat penyakit yang причина (etiology)–nya adalah disebabkan oleh merokok. Tapi pelik kan, kenapalah masih ada bakal doktor yang nak merokok? Tak terkesan ke dengan melihat organ-organ dan kesan-kesan penyakit hasil daripada tabiat buruk ini? Kalau bakal doktor dan doktor sendiri tak terkesan, apatah lagi masyarakat?
Bagi saya, perokok ini seolah-olah seorang ‘pejuang berani mati’. Mereka sebenranya sudah tahu pun kesan-kesan daripada merokok itu. Tapi malangnya, masih mahu merokok. Bukankah lebih baik kita hantar mereka ini berjuang untuk mempertahankan Palestin… Kan lebih baik mati macam tu… ;p
Kalau kita sedar, perokok ini bukan sahaja merosakkan dan menyusahkan diri sendiri, tapi merosakkan alam dan masyarakat di sekitarnya.
1) Merokok – Merosakkan diri. 2) Asap rokok – Merosakkan orang lain. 3) Suka buang putung rokok merata-rata – Merosakkan alam. 4) Membazir duit untuk beli benda yang just untuk meghisap asap. 5) Bila hisap, selalu tak habis, Alhamdulillah baguslah… but still membazir.
"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195)
Sesungguhnya Allah ta’ala mengutus Nabi Muhammad dengan petunjuk-Nya dan agama yang hak, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan membersihkan serta mensucikan hati mereka dari kotoran kekufuran dan kefasikan dan membebaskan mereka dari belenggu penghambaan kepada selain Allah ta’ala.
Dia membersihkan manusia dari kesyirikan dan kehinaan kepada selain Allah dan memerintahkannya untuk beribadah hanya kepada Allah semata dengan merendahkan diri dan mencintai-Nya dan meminta serta memohon kepada-Nya dengan penuh harap dan takut.
Dia juga mensucikan manusia dari setiap kebusukan maksiat dan perbuatan dosa, maka dia melarang manusia atas setiap perbuatan keji dan buruk yang dapat merosakkan hati seorang hamba dan mematikan cahayanya dan agara menghiasinya dengan akhlak mulia dan budi perkerti luhur serta pergaulan yang baik untuk membentuk peribadi muslim yang sempurna. Maka daripada itu. Dia menghalalkan setiap sesuatu yang baik dan mengharamkan setiap yang keji, baik makanan, minuman, pakaian, pernikahan dan lainnya.
Termasuk yang diharamkan karena dapat menghilangkan kesucian adalah MEROKOK, karena tabiat ini banyak mendatangakn kemudaratan dan kebahayaan kepada diri sendiri dan persekitaran. Sedangkan Islam adalah cara hidup. Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita mengikut apa yang diajarkan dalam Islam bagi menjalankan fungsi dan tanggungjawab kita untuk memnuhi cara hidup itu.
Jadi, kesimpulannya, saya pun nak kempen…. BERHENTILAH MEROKOK, dan serulah kawan-kawan di sekeiling kita juga untuk menhentikan kebiasaan sifat tercela ini.
Andai niat itu betul, matlamat pun jelas, dan stop smoking pun kerana Allah yang hendakkan stop smoking itu (iaitu sebab hendak jauhkan diri daripada kebinasaan), insya Allah akan ada kekuatan yang teguh dari dalaman dan teruslah berdoa semoga terus istiqamah.
Sekurang-kurangnya, kita bermula dengan mengurangkannya….
Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud
KRU:
Jika direnung kembali Dari kehidupan Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur Di saat ku murung Ku (xjelas part ni) Semangat yang dah luntur Harapan yang dah terkubur Diberi arah tukku teruskan
Mawi:
Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
KRU:
Pernah kulihat mereka Yang hilang segalanya Insan yang tersayang Atau harta benda Pancaroba bencana juga malapetaka Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan Tidak letih mengerti erti kesenangan Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya Ketika langit cerah bersinar Janganlah kita melupakanNya Ketika langit mendung tak bercahaya
Mawi:
Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
KRU & Mawi
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud......
Sedikit demi sedikit MEREKA menarik KITA ke arah jalan mereka, cara hidup mereka dan sosial, budaya serta pemikiran mereka. Mereka akan berusaha walaupun sampai ke lubang biawak supaya kita akhirnya mengikut kegemaran dan kelaziman mereka.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya,anda mampu mengatakan TIDAK! Anda mampu melaungkanTAK NAK! Dan Hati andamampu menolaknya!
"Mana boleh buat peraturan macam ni!" keluh seorang AJK sebuah persatuan kepada pengarah projek program sukan.
Dia bimbang jika beberapa 'rules' yang bakal diperkenalkan akan mengurangkan minat pelajar-pelajar, apatah lagi pelajar non-muslim yang mesti menganggap program itu adalah untuk Muslim sahaja.
Manakan tidak, galakkan menutup aurat, zon sempadan gelanggang perempuan, berehat untuk solat serta menjaga pergaulan lelaki dan perempuan; semuanya adalah antara peraturan-peraturan yang difikirkannya yang mungkin akan mengurangkan bilangan penyertaan.
"Betul itu! Orang ramai tak dapat terimalah kalau kita buat semua ni..." tambah seorang lagi.
"Yang non-muslim lagilah takkan faham" tegasnya.
"Bertenang... Kita tidak akan kuat-kuasakan pun. Pada peringkat awal ini, kita cuma nak galakkan sahaja" jawab pengarah projek itu dengan ringkas.
"Peserta muslim digalakkan untuk menutup aurat, digalakkan untuk solat pada awal waktunya dan digalakkan agar tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan."
"Simple sahaja kan? Insya Allah, kalau ada yang dah faham, dia akan sentiasa beringat. Kalau yang terlupa, dia akan tersedar dan kalau yang belum faham tu, nanti kita akan bagi kefahaman untuk mereka" jelasnya lagi.
Ajk itu masih tidak berpuas hati. "But, still..........."
Dalam cerita yang lain,
"Ahmed, boleh ke tak aku tak nak pergi ni…?"
"Kenapa? Kenapa ni? Cuba cerita sket kat aku..."
"Ye la, kau tau kan majlis-majlis macam ini, mana boleh..."
"Hurm... Kenapa kau rasa tak boleh?"
"Ala, kalau setakat makan-makan tu, aku rasa tak apa lagi. Tapi, ini siap ada persembahan dan tarian yang pelik-pelik tu. Jauh betul daripada budaya ketimuran kita, apatah lagi dengan Islam.”
“Jadi, kau nak apa sekarang?”
“Itulah yang aku pening tu. Kalau tak pergi nanti, orang kata kita tak ‘supportive’. Tapi, kalau pergi, akulah pulak yang bertentangan dengan Islam… Ish, aku tak faham juga kenapa ramai sangat orang kita nak pergi. Dah jelas benda tu Syubahah kan?”
“Hurm…”
“Dah la projek manager itu classmate aku. Aduih… Macam mana ini Ahmed??? Tolong la aku!...”
“Kau nilai-lah kehendak dan matlamat kau itu dengan Iman yang ada… Insya Allah, ada jalan keluarnya nanti…”
Begitulah kita pada hari ini.
Tersempit dan terperangkap dalam dua situasi akibat ketidak-fahaman.
Tatkala kita menjadi penganjur, kita terpaksa berusaha untuk me-minimumkan ciri-ciri dan sistem-sistem Islam agar dapat memenuhi kepuasan dan kehendak orang ramai. Jika tidak, kita akan rugi.
Tapi, tatkala kita menjadi jemputan, kita sekali lagi terpaksa beralah dengan merelakan diri kita untuk tunduk dengan sistem Jahiliyyah moden yang segala-galanya telah ‘dinampak baikkan’ agar dapat memenuhi matlamat-matlamat yang tidak jelas.
Kita pula cuba menyedapkan hati dengan pelbagai alasan supaya tidak bersalah dengan Allah swt.
Dan dalam kedua-dua hal itu, sampai bila-bila pun Islam yang diiktiraf sebagai cara hidup ini tidak akan dapat diaplikasikan.
Perkara ini tidak langsung ada masalah dalam Islam,
tetapi sebenarnya yang bermasalah adalah dalam Muslim itu sendiri.
Jadi, marilah kita muhasabah untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.
Masih belum terlambat untuk membuat perubahan.
Wallahualam
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
"Untuk kamu cara hidup kamu, untuk ku cara hidup aku" (al-kafiruun : 5)