Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, May 23

Bom Fitnah

Beberapa hari lepas kita dapat lihat sekali lagi musuh-musuh Islam telah membuat serangan terhadap Islam. Kali ini mereka mencipta pula "Draw Muhammad Day".

Ya, sengaja mencari pasal!

Tiada moraliti dan tidak ada respect langsung!

Selalunya mereka ini bukannya ada hujah atau asas pun. Tetapi mereka lakukan ini tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka sedang risau yang Islam kembali berkembang pesatnya. Teralu progresif! Di mana-mana terutamanya di negara-negara mereka, kenaikan Islam bertambah dengan dahsyatnya.

Tidak terkecuali Russia...

Russia pun yang bimbang pengaruh Islam semakin berkembang hari demi hari telah sanggup mengebom rakyat sendiri hanya semata-mata hendak memburukkan Islam.

Ya, mereka berjaya memburukkan Islam. Mereka berjaya menuduh orang Islam yang membuat 'onar' itu. Tetapi sehingga ke hari ini mereka masih gagal membuktikan siapa yang sebenarnya dalang di sebalik kejadian itu, walaupun ada video seseorang yang telah mengaku.

Orang Islam Russia tidak sebodoh itu saya rasa. Selepas beberapa hari, kita dapat lihat yang Presidennya selamat sahaja pergi dan pulang melawat tempat di mana kononnya adanya perancang bom itu berada. Berani pula ya? Tidakkah pelik?

Mungkin dia tidak merancang. Tetapi, pasti ada dalang-dalang di bawahnya yang merancang, semata-mata kerana politik dan kedudukan.

Dan saya juga banyak membaca di website-websites islam russia yang mempertikaikan kesahihan cerita-cerita, saksi dan keluarga yang terlibat. Susah sangat untuk relate satu sama lain. Banyak kepincangan. Bagi saya, sungguh tidak pandai mereka merancang penipuan sebegini. "Takleh lawan US lagi la nampaknya..."

Begitlah kelakuan bagi mereka yang dengki dan sangat risau dengan al-haq ini. Macam mana pun mereka buat, Al-haq ini akan terus dan terus berjalan. Berjalan meruntuhkan satu-persatu al-batil di hadapan yang menghalangnya. Dan membina kembali tamaddun dan sistem kehidupan di alam ini.

Walau pahit, sukar dan semakin besar cabarannya selepas peristiwa ini untuk ummat Islam di Russia, saya yakin ia hanyalah sementara. Saya juga yakin semakin ramai orang Russia yang akan cuba mencari apa sebenarnya ada pada Islam dan seterunya akan cuba memahami ad-deen ini.

Mereka akan melihat kebenaran yang sebenar. Siapa yang benar dan siapa yang salah akan terungkai tidak lama lagi. Islam akan menjadi pilihan hidup mereka. Islam akan menjadi solusi masalah dan persoalan mereka. Islam akan menjadi pembawa rahmat kepada mereka.

Insya Allah!

Percayalah! Allahu akbar!


Tag : Bombing, Islam, Russia, Moscow, Metro, Malaysian Students in Moscow, Muslim.

Saturday, May 22

Kisah 2...

Teringat satu kisah daripada seorang sahabat, seorang Muallaf...

Puas Raja memujuk dan meng-comfort ayahnya tentang Islam. Susah hendak patahkan hujah-hujah ayahnya yang baginya amat mengecewakan.

Bukan kecewa dengan ayahnya, tetapi geram dengan realiti semasa sekarang ini yang berlaku terhadap orang Islam.

"Ayah tengok orang Melayu sama sahaja dengan kita. Mereka bercakap tentang 'main perempuan', minum arak, merokok tak henti-henti... Apa bezanya kita dengan mereka? Buat apa nak masuk Islam kalau kita dan mereka sama sahaja?"

"Ayah... Ayah kena faham yang orang Melayu itu tak semestinya ISLAM. Orang Islam bukan dan tidak mungkin buat macam yang ayah cakap itu..." Raja cuba mempertahankanya.

"Habis itu apa? Tengoklah paper hari ini... Kes-kes rape semua orang Melayu buat, orang Islam buat! Orang cina dan india mana buat macam tu!"

"Ish, kalau yang buat tu, bukan Islamlah tu namanya...!" emosi sedikit Raja kali ini.

Puas dan habis sudah dia terangkan apa maksud Islam, bagaimana Islam sebagai cara hidup, Islam yang semesti difahami.

Tetapi, akhirnya orang Melayu sendirilah yang telah merosakkan nama Islam itu dan seterusnya tidak menyakinkan orang yang belum Islam untuk menerima Islam.

Dia tetap tidak berpuas hati dengan kata-kata yang berbunyi "Masuk Islam bererti Masuk Melayu".

Ish, mana boleh! Aku kaum India tetaplah kena jadi India! Islam adalah cara hidupku, tapi rupa dan parasku tetap berbangsa India!

Baginya, dia amat kecewa apabila alasan sedemikian rupa dijadikan hujah untuk tidak menerima Islam. Memang dia kena berusaha lagi untuk meyakinkan ahli-ahli keluarganya. Namun, dia kadang-kadang terasa berat dan terbeban akibat realiti persekitaran yang dimana majoriti orang Islam di Malaysia adalah Melayu.

Dan ramai orang Melayu telah merosakkan nama Islam dengan berperangai seperti orang bukan Islam. Islam menjadi satu nama atas kad pengenalana sahaja.

Raja memahami Islam setelah lama mencari-cari. Comparison yang dibuat dengan setiap agama yang dikajinya akhirnya menemukan Islam sebagai The best way of life. Segala jawapan yang membuku dihatinya terungkai dengan Islam. Segala aspek kehidupan seorang manusia ter-cover dengan Islam. Syamil, Kamil dan Mutakamil. Menyeluruh, Lengkap dan Melengkapi.

Alhamdulillah, kini Raja ingin manusia lain pun terutamanya ahli keluarganya dan saudara-saudaranya juga dapat menikmati dan merasai kemanisan yang dia nikmati sekarang ini iaitu memahami Islam.

Dia pun ingin orang Melayu yang masih lagi mendapat Islam Warisan supaya tersedar untuk memahami Islam yang sebenar.


Editted version daripada sebuah kisah benar. Tiada kaitan hidup atau mati.
**Banyak pengajarannya...

Thursday, May 20

Sunnah Buruk...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)

Kadang-kadang ketika memuhasabah diri, terbayang apakah sunnah-sunnah yang buruk atau jahat yang telah dibuat oleh saya sepanjang enam tahun berada di bumi soviet ini?

Dan adakah sunnah-sunnah itu masih diikuti dan dilakukan oleh kawan-kawan dan adik-adik?

Astagfirullahal'aziim...

Kalau ada perkara atau perbuatan atau program atau aktiviti yang pernah dibuat oleh saya itu tidak baik sengaja atau tidak, saya menyeru untuk memberhentikannya dan meninggalkannya sekalipun ia adalah sekecil-kecil perkara.

Takut royalti itu akan tertanggung oleh saya. Mungkin benda-benda itu disebabkan kejahiliyyahan dan kelalaian saya sendiri.

Moga-moga Allah swt akan mengampuni kita semua.

Tuesday, May 18

Kisah 1...

Pada suatu hari, semasa En Hisham ada membuat sedikit majlis makan-makan (a.k.a open house), seorang rakan pejabatnya yang sedikit terlewat datang meminta untuk menumpang solat Zuhur.

Maka, bersolatlah wanita itu di ruang solat dalam rumahnya.

Tiba-tiba, anak kecil En Hisham, Fatimah berceloteh dan dengan blurrnya bertanya pada ayahnya,

"Abi, Abi... orang bukan islam pun solat jugak ke?"

Erk... terkejut Abinya mendengar soalan itu. En Hisham faham benar kenapa soalan macam itu keluar dari benak fikiran anaknya.

"Eh Fatimah ni, auntie itu orang Islamlah,"

"Tapi..."

"Fatimah, Umar tunggu kat luar tu naik main dengan Fatimah," terus Abinya memotong perkataan anak perempuan kecilnya itu.

"Nanti Abi beritahu ya.." tambahnya lagi dengan senyuman kasih sayang.

Fatimah yang masih blur-blur itu pun terus keluar mencari Umar.



Editted version daripada sebuah kisah benar. Tiada kaitan hidup atau mati.


**Banyak pengajarannya.
..

Monday, May 10

Kenapa nak ikut mereka...?

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti cara hidup mereka.

Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".

Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "
(Al Baqarah, 120)

“Erh betul ke aku tak patut pergi ke situ?”

“Erm… Kenapa tak boleh? Aku tengok semua orang ok je...
Apa masalahnya?”

“Perkara ni tak bertentangan dengan Islam-kan ?”

“Ish, macam mana nak moden kalau tak ada benda ni?”

“Ala, kau ni kolot sangatlah!!”


dan macam-macam lagi…..

Begitulah kita, sehingga terpaksa mengeluarkan kata-kata yang memeningkan kepala diri sendiri akibat kekeliruan yang menyelebungi diri kita.

Manakala si Yahudi & Nasrani pula sedang bergembira melihat kemiskinan, kemunduran, perpecahan dan peperangan yang berlaku di negara-negara yang adanya umat Islam. Rancangan mereka sejak berjaya menjatuhkan sistem khilafah kita melalui serangan pemikiran kini akan semakin berjaya jika kita terus berdiam diri melihat, melayan dan menjadi penonton sahaja dengan apa yang berlaku.

Sedikit demi sedikit mereka mengajak kita ke arah mereka, meniru cara hidup mereka, mengagung-agungkan mereka dan membanggai sistem-sistem kehidupan yang mereka telah ciptakan itu.

Sedikit demi sedikit celupan fitrah Islam kita dikoyak-koyakkkan, dicarik-carikkan dan dicabut daripada diri kita.

Sedikit demi sedikit kita mula meninggalkan Al-Quran dan As-sunnah dan mengambil ‘manual of conduct’ yang mereka cipta dan entah berapa kali dah diubah untuk menyedapkan diri mereka.

Sedikit demi sedikit kita mula melakukan maksiat kemungkaran dan meninggalkan perkara-perkara yang baik sehinggakan kita ditanam dengan rasa indah dan baik akan kemungkaran yang kita lakukan itu.

Yahudi dan Nasrani tidak perlu lagi bersusah payah menghantar sepasukan tentera utk menghancurkan Islam. Tapi mereka perlu hanya menghantar ‘tentera-tentera’ yang berbentuk wang, hiburan, keinginan nafsu, perempuan dan pelbagai lagi.

Itu tempat mereka.
Itu cara mereka hendak berhibur.
Itu cara mereka untuk menenangkan hati mereka.
Itu cara mereka untuk bergaul dan berseronok-seronok.

Itu bukan tempat kita, as orang islam.
Itu bukan cara kita untuk berhibur.
Itu bukan cara kita untuk menenangkan hati.
Itu bukan cara kita untuk bergaul dan berseronok-seronok.

Mengapa mahu ke sana?
Ada dance floor lagi tu...

Tak ke obvious?

Oh, Kawan-kawan yang sehati, seakidah keimanan...
Oh Adik-adik yang disayangi...

Kita ada cara kita.
Kita ada cara yang telah ditujukkan kepada kita
oleh PENCIPTA kita.

Yang saya pasti 100x...
lagi BEST,
lagi Seronok,
lagi Bahagia,
lagi Tenang,
lagi Diberkati,
lagi Diredhai,
...kalau kita nak.

Kita ada cara hidup kita dan ITU memang cara hidup mereka.

Kenapa kita nak ikut?

Allah dah ingatkan kita yang mereka itu tidak akan putus-putus menarik kita untuk ikut cara hidup mereka seperti dalam ayat Quran di atas.

Kenapa masih kita nak ikut?

Rasulullah s.a.w, role model kita, idola kita pun ada pesan :
"Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka.

Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan kenapa kita masih terus nak ikut?

Janganlah tertipu lagi.
Cukuplah apa yang mereka telah buat
sehingga tertariknya kita dahulu itu ke lubang gelap jahiliyyah.

Kita dah bangun daripada jatuh dulu kan?
Kita dah jauh meninggalkan lubang itu kan?
Kita dah lari menuju cahaya baru kan?

Mengapa kita masih tertarik dengan gelap-gelap itu?
Ya, sebab mereka masih terus menarik dan menarik...

Tapi KITA kan KUAT.
Kita kan KUAT.
Kita kan KUAT.


Boleh saja kata TAK NAK!
Walau murah,
walau free,
walau diberi duit sekalipun.

Saya yakin kita boleh katakan TAK NAK!


Ya Allah, jauhkanlah kami daripada terasa indah dan baik di hati kami atas segala perkara yang maksiat yang kami lakukan yang sudah tentunya Engkau murkai.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi kurnia. Amiin
.


*Edited daripada previous entry.
*Ya, sengaja tulis 'waktu ini' untuk mengingatkan diri, kawan-kawan dan adik-adik.

Saturday, May 8

Victory Day...!

Esok, Sabtu 9 May 2010, negara Rusia ini sekali lagi akan menyambut perayaan terbesar nasional mereka - Victory Day (atau dalam bahasanya День Победы), yang ke-65. Sambutan kali ini dijangka akan diadakan dengan semeriah-meriahnya dan saya jangka lebih meriah daripada sambutan ke-60 pada lima tahun lepas.


Pada tahun 2005 lepas, pemimpin-pemimpin utama dari 60 buah negara telah dijemput untuk menyaksikan parade mereka di Red Square, Moscow Center. Dengan gah dan terasa besarnya mereka, segala kekuatan, kelengkapan dan barisan angkatan dipersembahkan ke seluruh dunia. Sehinggakan center Moscow ditutup dan langit ditembak bagi menahan hujan turun. Semua itu khas dibuat untuk upacara berprestij itu.

Lebih seminggu lepas lagi kehangatan Pobedi ini dirasai. Jalur Emas kehitaman yang menjadi simbol perayaan ini dipasang di mana-mana. Di tepi-tepi jalan, kereta, bendera, banner dan poster. Band jalur juga diedarkan kepada rakyat mereka. Malah di dalam bas pun, sekali sekala diperdengarkan lagu pobedi mereka ini.

Kagum juga melihat semangat patriotik mereka. Sayang mereka kepada tanah air, sayang mereka kepada kejayaan dan sayang mereka kepada para pejuang terdahulu.

Bagaimana pula kita dan tanah air kita?

Tidak dinafikan warga belia mereka juga majoritinya hanyut ditipu hendonisme, sekularisme, dan westernisme sehingga hilang identiti sendiri. Populasi penduduk mereka kini kian menurun tahun demi tahun akibat tidak mahu berkahwin dan abortion. Boleh dikatakan seorang wanita at least pernah sekali dalam hidup mereka melakukan abortion (pengalaman semasa belajar OnG di sini). Ditambah pula, baru-baru ini saya terbaca yang perokok paling muda di Rusia ini adalah dikalangan yang berumur 8 tahun.

Allahuakbar! Hancur belianya. Negara ini sendiri memang terasa gah dan besarnya dalam pelbagai perkara sehingga berani nak lawan US, walhal kehidupan mereka sedang dijajah oleh sistem-sistem yang menghancurkan kehidupan mereka.

Jatuh sistem jahiliyyah soviet dan naiknya sistem jahiliyyah kapatalisme dan sekularisme tidak akan dapat mengubah apa-apa keadaan sosial, ekonomi, kenegaraan dan lain-lain selagi Islam yang tidak mengambil alih. Manusia akan terus rosak dan rosak walaupun datang lagi sistem jahiliyyah yang baru untuk menggantikan apa yang ada sekarang ini.

Bagaimana manusia hendak menyusun sistem untuk kehidupan manusia sedangkan manusia itu tidak tahu hakikat diri mereka sendiri?

Baliklah kepada Islam. Ad-deen yang diredhai Allah, Tuhan yang menciptakan manusia. Dia lebih mengetahui segala isi hati, kehendak dan keperluan manusia. Dia juga lebih tahu apa yang manusia tidak petlu dan berbahaya kepada dirinya, sama ada dalaman dan luaran. Semuanya telah terbentang luas disusun dan diceritakan dalam Islam. Mahu atau tidak sahaja kita untuk mengambilnya.

Apa pun, selamat menyambut Victory Day oh Russia !

*** Esok tatkala mereka sibuk berRaya di Red Square, saya pula akan join program Rehlah. Ambil manfaat daripada cuti tiga hari dalam spring ini untuk berprogram sebelum masing-masing akan sibuk untuk prepare exam. Moga semuanya berjalan baik. Insya Allah.

Friday, May 7

Kenangan di Masjid Tretyakovskaya...

Hari ini balik kelas lebih awal. Alhamdulillah, sempatlah bersolat Jumaat di Masjid Historical di St Metro Trertyakovskaya. Bukan setakat sempat, malah dapat duduk di dewan solat utama dekat dengan mimbar.

Bukan senang nak dapat masuk dalam. Kadang-kadang kalau pergi itu, mesti dah penuh sehingga terpaksa solat di jalanan di hadapan masjid. Kalau waktu winter dulu, lebih prefer ke Embassy Indonesia yang terletak tidak jauh dari Masjid itu untuk mengelakkan diri yang tidaklah kebal mana untuk menahan salji-salji Russia ini.

Sebenarnya sudah lama saya tidak menjejak kaki ke dalam masjid ini. Tahun ini baru pertama kali rasanya... Banyak sangat kenangan di sini. Waktu zaman bujang dulu, saya suka ke masjid untuk mencari ketenangan setelah hari-harian sibuk dengan study dan aktiviti persatuan. Di Masjid dapat juga berjumpa dengan orang tempatan Muslim.

Banyak juga belajar bahasa Rusia dengan mereka disamping ditiup-tiup semangat supaya menjadi Muslim Doktor yang berjaya untuk disumbangkan kepada Ummah. Mereka terutaamanya pakcik-pakcik itu sangat suka melihat anak-anak muda Muslim yang belajar ini tapi tidak meninggalkan Islam sebagai pegangan dan cara hidup. Terasa tinggi harapan yang diletakkan oleh mereka untuk diri ini.

Insya Allah, saya akan tunaikan !

Khutbah kalau dulu-dulu memang susah nak faham sebab kadang-kadang dia gunakan perkataan yang jarang digunakan. Itulah sebab tak banyak vocabs, yang banyak adalah term russian medic. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah boleh faham. Walaupun tak semua, tapi bolehla tangkap point-point penting apa yang nak disampaikannya.

Suka juga cara penyampaiannya. Tidak terlalu pantas, tidak terlalu lantang tetapi sangat berhikmah. Cara khatib ini bercakap seolah-olah seperti seorang ayah yang sedang menceritakan sesuatu kepada anak-anaknya. Ternampak perasaan kasih sayangnya kepada hadirin suapaya setiap kata-katanya itu dapat masuk ke hati dan difahami untuk dipraktikkan.

Simple dan basic bicaranya. Menceritakan KITA sebagai Muslim, bukan sekadar boleh mengaku я мусульман (Saya Muslim!) tapi mestilah membuktikan secara praktikal daripada segi akidah kita, ibadah kita dan yang lebih nampak di mata umum adalah akhlak kita.

Baik, sampai di situ sahaja. Sedang bergegas hendak jumpa orang di somewhere. Moga-moga kita juga dapat menjadikan Islam diri kita itu bukan menjadi nama semata-mata. Amin.

Monday, May 3

Ikrar kita...

Tadi baru sahaja balik daripada Program Solat Hajat Perdana di Embassy anjuran PPIM RSC Moscow. Best pula mendengar tazkirah ringkas daripada En Wan, pegawai JPA di Russia ini. Mungkin saya yang tak pernah dengar tazkirah-tazkirah beliau sebelum ini.

Meskipun tak ramai yang dapat datang, tapi program tetap terasa kemeriahannya. Makanan walaupun banyak berlebihannya, dah pun di-saboy semuanya. Alhamdulillah, taklah membazir. Mungkin kena promote lebih hebat lagi next time, lagi-lagi apabila clash program. Tak perlu nak salahkan sesiapa sebab masing-masing ada hak nak buat program. Sebabnya student pun dah bertambah ramai... Kalau satu program itu cover interest sesetengah pihak sahaja, contohnya 100 orang sahaja, 200 orang nak buat apa? So, why not ada program-program lain untuk beberapa pihak yang mungkin interest-nya lain-lain?

Berbalik kepada pengisian tadi. Memahami tujuan hidup, usaha yang sungguh-sungguh, keazaman, kekuatan dalaman dan kesabaran merupakan antara perkara yang mesti kita kuatkan dan gandakan dalam diri yang insyaAllah boleh membawa kita menjadi insan yang bertakwa, berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (Al-Anaam, 162)

Satu ikrar yang kita laungkan setiap hari. Ikrar penyerahan. Ikrar pengabdian. Semua pergerakan, perilaku, aktiviti harian, kegiatan yang kita laksanakan adalah berpaksikan semata-mata kerana Allah swt. Bukan kerana kepentingan diri dan lain-lain. Kerana kita yakin, beriman yang dari Allah-lah kita datang dan kepadaNya-lah kita akan dikembalikan. Jadi, setiap satunya itu kita laksanakan bagi memenuhi tujuan penciptaan diri kita, abdullah dan khalifatullah.

Insya Allah, jika kita hayati ikrar itu tatkala membacanya seperti mana kita selalu berikrar negara kita di sekolah dulu (untuk jadi rakyat yang baik, patuh undang-undang dll), maka mengapa tidak kita buktikan, laksanakan dan praktikakn ikrar kita kepada Allah swt, Tuhan yang mencipta kita, yang Maha tahu apa yang baik dan buruk untuk kita.

Semasa pengisian itu, terasa jugalah apabila En Wan bercakap tentang sikap. Mana taknya, dahlah terlewat sampai 10-15 minit di embassy tu, masuk-masuk terserempak pula dengan dia. Salam sahajalah. Padahal dalam hati terasa juga malu dah.

"Kata nak jadi Super Muslim, tapi tak punctual2 juga. Astaghfirullah..."

InsyaAllah kena banyak muhasabah lagi diri ini...


p.s : terlupa upload post ni.