Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Friday, November 30

Zikir....



Berzikirlah...
Berzikirlah pada waktu pagi dan petang...


Berzikirlah...
Sesungguhnya, mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang...

Berzikirlah...
Pujilah Dia, Agungkanlah Dia, dan Besarkanlah Dia...

Berzikirlah...
Daripada mulutmu yg tak henti drpd kejian, umpatan dan ngarutan,
Baik basahi bibirmu itu dengan kata-kata yang mulia...

Berzikirlah...
Bukan hanya di dalam solat dan selepas solat,
Tapi pada sepanjang waktu...
Dikala duduk, baring, terlentang, mahupun berjalan...

Berzikirlah...
Sungguh senang utk mengatakannya...
Tinggal nak atau tidak sahaja lagi...

dan Berzikirlah...
Kerana semut pun berzikir...

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...


Tuesday, November 27

Kejutkan Mereka.....!!!



"...Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar.

Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur itu supaya setiap satunya bangun dan mereka mesti menyedarkan manusia itu akan keadaan
masing-masing untuk menjauhkan diri daripada api.


Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur daripada bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga daripada tidur.

Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur.

Jadi, mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu, dan kemudian barulah diberikan peringatan dan kesedaran..."

---------------------------------------------


Hai orang yang berkemul (berselimut),

bangunlah, lalu berilah peringatan!

dan Tuhanmu agungkanlah,

dan pakaianmu bersihkanlah,

dan perbuatan dosa tinggalkanlah.


Sunday, November 25

Takziah akh Idham...

Takziah akhi..
Sabarlah dan berdoalah banyak2...
Ada hikmah atas ujian sebesar ini...

Ana pun terkejut dan turut sedih bersimpati...
Macam baru je bertemu dgn arwah masa perhimpunan umno last year & masa sunathon...
Tak sempat sgt nak mengenali arwah yg memang seorang berjiwa, bersemangat besar dan byk sumbangannya ini...

Subhanallah.

Sungguh, segala-galanya teratur rapi atas kehendak dan kekuasaanNya...
Buat jadi pengajaran kpd kita semua dalam menghadapi sesuatu yg sudah pasti...
Moga arwah termasuk di kalangan yg beriman...
Amiin...

MUHAJIRIN atau MUJAHIRIN?

Abu Hurairah ra berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Semua ummatku selamat, kecuali yang terang-terangan berbuat dosa (Al Mujahirin). Dan termasuk dari mujaharah yaitu seorang berbuat dosa di waktu malam gelap, mendadak pagi-pagi diceritakan pada lain orang, padahal semalam itu Allah telah menutupinya, tetapi pagi-pagi lagi ia membuka apa yang ditutupi Allah itu.”( HR. Bukhari, Muslim.)

Al Mujahirin adalah orang yang secara terang-terangan membuka aibnya sendiri dengan tanpa rasa segan dan malu, walaupun Allah swt telah menutupinya (yakni orang lain tidak mengetahuinya). Orang inilah yang tidak akan selamat daripada azab Allah. (Nauzubillah min zalik)

Jika dilihat, golongan ini berada di mana-mana sahaja. Samada saya, kamu, atau dia... Semua daripada kita berpotensi untuk menjadi mujahirin dalam sedar ataupun tidak, mahu atau pun tidak, sengaja ataupun tidak..

“Semalam aku tgk drama *tuuut*.., wah.. panas dowh.. ” - membuka pekung di dada tanpa segan silu. Ditambah lagi dengan;

“Aku rasa ko pun patut layan jugak dowh..”

Mungkin juga, tanpa segan silu mengajak untuk membuat dosa beramai2..

“Aku bukan nak mengata, tapi kan, Minah X tu kan, @#%$&*,,”

“a’ah… bukan tu je.. die tu !#$%&*… lepas tu @#%$* dan pulak tu...”

Dan banyak lagi contoh yang lain...

Membuka aib diri ini terjadi apabila kita rasa amat berbangga dan suka setelah melakukan sesuatu perkara maksiat itu. Maksiat itu dirasakan indah, terhias dan bersinar-sinar bergermilapan, walhal ia terang-terangan bertentang dgn Islam. Dan andainya diri tak dapat menceritakan 'cerita best' masing-masing, seolah-olah ada perasaan yg membuak terpendam di hati kerana tidak dpt meluahkannya. Hati akan menjadi begitu gusar dan gundah-gulana akibat masih tidak ada sesiapa lagi yg tahu maksiat apa yg telah dibuatnya.

Begitulah sekiranya al-Islam dan al-Jahilyyah tak dpt kita bezakan. Maksiat dan dosa akan dianggap sbg perbuatan yg manis lagi menguntungkan sehingga tak ada rasa segan dan malu dihadapan org ramai. Kita juga mudah terpujuk dengan pujukan yang amat kuat, sehingga dengan serta merta melakukan perbuatan memalukan itu tanpa berfikir panjang.

Wahai saudaraku, malu adalah sifat yang perlu dipelihara, malu kepada Allah, malu daripada berbuat jahat, malu daripada berbuat fahsya’ dan mungkar. Malu bila namanya tercemar akibat berbuat kejahatan. Sifat yang sangat mulia ini sebenarnya telah ada dalam diri manusia sejak dilahirkan. Namun kadang-kadang sifat yang demikian terkikis dan hilang setelah manusia lupa kepada Allah dan lebih cenderung kepada merebutkan kelazatan dunia.

Bagaimanakah cara memupuk rasa malu itu? Allah dah mengajarkan kita supaya kenal kembali fitrah tujuan Allah menciptakan kita dan seluruh Alam Raya ini. Tunduk, patuh dan berserah dirilah kepada Allah swt. Banyakkanlah MemujiNya, MembesarkanNya dan MengagungkanNya agar diri dapat kembali mengenal Tuan Penciptanya dan seterusnya mengenal tujuan dan matlamat penciptaan dirinya.

Andai kita bersungguh-sungguh ingat kepada Allah, selalu shalat, bertasbih kepada Allah, mengikuti jalan hidup Rasulullah, Muhammad SAW yakni sunnahnya, Insya Allah hati nurani kita akan sentiasa hidup, sehingga sentiasa terjagalah rasa malunya. Ibadah-ibadah khusus yang diajarkan Rasulullah juga adalah sesuatu yang digalakkan dilakukan secara disiplin walau sangat-sangat sibuk sekalipun. Ibadah-ibadah itulah yang dapat menjadi energi yakni kekuatan bagi kita untuk selalu memiliki rasa malu kepada Allah dan seterusnya dapat mempertahankan kemuliaan, sebagai suatu nafas ruhani yang sangat segar.

Ingatlah, terbakar oleh lilin dan penunu bunsen pun tak termampu untuk kita tahan, apatah lagi bakaran api neraka yang marak menyala.. Oh Tuhan, peliharalah kami daripada azab- Mu yang amat pedih. Tutupilah aib kami dan hindarkanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, baik terang-tarangan mahupun yang tersembunyi. Sungguh Kau Maha Melihat lagi Mengetahui.

Ayuh, masih belum terlewat untuk kita membuat penghijrahan dan perubahan untuk menjadi yang lebih baik (menjadi muhajirin) !!!

MUHAJIRIN atau MUJAHIRIN?

Marilah sama2 kita renungkan..

-------------------------

DOA PILIHAN:

..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

Al-kahf, 18:24


***Sumber : NowWhy2
V 2.0.3 :15-21 Zulqaedah1428 H PPIM MSC - RSMU

Tuesday, November 20

Solat dan kegembiraannya...

Sembahyang yang dilakukan pada zaman ini lebih banyak mendatangkan kegembiraan kerana setelah manusia hari ini menghadapi pelbagai kecanggihan, mereka merasa jemu, bosan dan boring. Sembahyang yang dilakukan dapat menyingkatkan kehidupan mereka yang membosankan itu menjadi beberapa jam sahaja dengan memberikan mereka kehidupan yang tenang dan fikiran yang lapang. Jika teori Einstein berkenaan kerelatifan atau kenisbahan waktu adalah benar, maka di dalam sembahyang mungkin teorinya benar;

"Betapa besar hikmat kenapa sembahyang difardukan kepada kita antara beberapa tempoh waktu yang tertentu. Agar ruh kita sentiasa selama-lamanya berhubung atau bersedia untuk berhubung dengan tuhannya. Orang yang paling lemah ruh agamanya sekalipun akan mampu untuk mengawal dirinya kerana selepas menunaikan sesuatu sembahyang fardu, dia akan merasakan bahawa dia akan mengadap tuhannya sekali lagi pada sembahyang fardu berikutnya.....

Oleh itu, dia merasa takut untuk berdiri di hadapan tuhannya dalam keadaan bersalah atau berdosa. Kemudian jika dia berjaya mengawal dirinya selepas menunaikan sembahyang fardu itu, maka dia akan mengingati bahawa selepas itu terdapat sembahyang fardu yang lain lagi yang akan tiba masanya hanya beberapa ketika sahaja lagi.....

Oleh itu, seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan jiwa yang mempunyai azam yang tinggi dan kesucian sepanjang umurnya dalam keadaan dan bentuk yang sama, tidak berubah sama sekali, seolah-olah meskipun umurnya yang panjang, namun sembahyang fardu yang ditunaikannya hanya seperti amalan dalam tempoh beberapa jam sahaja."

Panjang kehidupan adalah sesuatu yang relatif.

Ia amat panjang, gelap dan menggerunkan… bagi seorang yang jahil.

Ia adalah pendek, mudah dan bercahaya… bagi seorang yang bersembahyang.

Kehidupan seorang jahil: Kebekuan yang berterusan.

Kehidupan seorang yang bersembahyang: Pergerakan yang menambahkan kebenaran, atau memperbetulkan kebengkokan.

Ia adalah seruan Allahu Akbar yang menamatkan kebekuan tersebut dan merintiskan satu pergerakan.

Allahu Akbar!

Saturday, November 17

Ahmad oh Ahmad...

(Ahmad, bukan nama sebenar)

Ahmad : Awe, aku suka la sangat kat dia tu...

Awe : Dahtu... Gi la masuk kawen!

Ahmad : Ada hasrat gak. Tapi, tak mampu la... Ish, Takkan nak main 'chop-chop' pulak (couple). Dosa!

Awe : Dah tau tak mampu, puasa la... Tahan nafsu tu!

Ahmad : Dah puasa pun... Tapi, rasa nak jugak la... Dia tu kan, dengan agamanya, akhlaknya, pandainya dan cantik pun bleh tahan..

Awe : Lorgh.. Kau ni...

Awe : Haa'.. Tundukkan pandangan tu! Dah.. Takyah ngade-ngade lagi nak 'usha' anak dara orang... Yang ni lagi dosa bila tak jaga mata... Free-free je kena panah dengan setan.

Ahmad : Aduh, terkena la plak...

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
(An-Nur, 24:30-31)

Nabi s.a.w. bersabda: “Pandangan mata itu (laksana) anak panah
beracun dari berbagai macam anak panah Iblis.”
(Riwayat Ahmad)

“Dan janganlah kamu dekati zina.
Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”

(Al-Israk: 32)

Thursday, November 15

Aku Heroes Dota...


Bacalah kisah di bawah ini. Ada seorang sahabat bagi & suruh saya postkan pada blog.... Moga-moga luahan keinsafan dan semangat ingin berubah dia akan memberi pengajaran dan tempias juga kepada kita semua. Insya Allah saya akan bantu dia...

dan kita pula bagaimana?
----------------------------------------------------------------------------------------------

Subhanallah.. Baru kali ini aku benar-benar dapat melihat kebesaran Mu ya Tuhan...

Sungguh tak disangka-sangka, pelawaan classmate aku yang pada asalnya memang aku tolak awal-awal dan kemudian hanya 'terpaksa' mengisi borang akibat terikat dengan janji kerana dia ada tolong membelikan barang, rupa-rupanya ada muslihat yang cuba Tuhan selitkan.

||| Autumn Retreat 2007 - Moscow |||

Di sinilah hati ini disentuh oleh tuan penciptanya. Hati yang tidak pernah beriman barangkali. Hati yang buta. Hati yang penuh dengan kejahiliyyahan walaupun pada zahirnya - muka dan paras rupaku, aku adalah seorang Muslim. Kesedaran yang datang itu aku terasa seolah-olah ada satu cahaya nur telah disulurkan pada hati yang gelap ini.

Pada asalnya, niat aku datang ke situ adalah untuk bersantai sahaja. Ya lah kan, datang pun sebab dah terikat janji untuk datang. Jadi, tiadalah mengharapkan apa-apa sangat. Disamping itu, boleh la juga aku berkenalan dengan member-member baru dari uni-uni yang lain.

Pada permulaan sesi program hari itu, aku memang agak blur.... Apakah yang diaorang cuba sampaikan dalam program nih? Aku masih tidak jelas... Namun, lama-kelamaan, sedikit demi sedikit aku tersentuh. Tergaman, terkejut... dan juga rasa semakin tersebak di dada....

Aku semakin terasa jelas akan matlamat program itu. Dari situlah aku mula sedar yang kita hidup ini bukanlah saja-saja je hidup. tapi... Ada Tujuan dan Ada Matlamatnya. Tuhan Maha pencipta dah letakkan segala-galanya untuk mengapa kita dijadikan olehNya di atas muka bumi.

Macam la juga main Dota; Heroes dicipta bukanlah sekadar perhiasan, tetapi perlu meng'attack' dan pandai merancang strategi untuk tawan yang bukan sekadar towers sahaja, tetapi keseluruhan kawasan musuh.


Sedangkan game 'cikai' macam itu yang dicipta oleh manusia itu ada tujuannya, inikan pula manusia yg dicipta oleh Allah, pencipta yang lagi maha Agung. Masya Allah...

Astaghfirullah...
Baru hari ini aku sedar yang aku ni dah lama 'lupa' tujuan aku dicipta.

Kalaulah aku ini part of the Heroes dalam Dota, confirmnya-lah aku tak terpilih untuk dimainkan oleh mereka (gamers) tu.
Sebab apa? Sebab aku tidak melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberi. Baik 'delete' sahaja daripada menjadi karakter hero, buat menyemak je....


Ya Allah... Syukur pada Mu... syukur yang aku masih lagi tidak di 'delete' kan oleh Mu ya Allah. Kini, aku sedar yang aku masih lagi berperanan dalam karakter Hero walaupun tidak bertugas seperti Hero.

Terima kasih ya tuhan... Kau masih memberi ku peluang. Aku berjanji peluang kali ini untuk menjadi Hero takkan aku persia-siakan...

Ampunilah dosa-dosaku kerana sering melupai Mu ya Tuhan. Berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah di jalan ini dan Sinarilah hatiku dengan cahaya nur hidayahMu.. moga aku juga terus kuat dan tabah...

Aku ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua atas kejayaan dalam menjalankan program sebegini yang cukup hebat. Terima kasih juga kerana telah memandu kami ke arah ini...

Pengisian macam ini telah membuka minda, mencelikkan hati dan membuatkan aku dan kami semua berfikir sejenak - Siapakah sebenarnya kami ini? Apakah peranan kami? dan Apakah realiti yang berlaku kepada Umat Islam ini sekarang.? Yah! Akan aku cuba sampaikan apa yang aku dapat pada hari itu kepada member-member yang lain juga.

Tidak pernah seumur hidup aku untuk meluangkan masa untuk berfikir ke arah itu. Aku telah banyak membuang masa denga Dota ku itu... 24 jam ku dulu adalah Dota, Dota dan Dota.... Dah jadi jaguh Dota beberapa kali pun entah dapat apa tah? Dulu.... apabila rakan mengajak solat berjemaah, selalu sahaja aku menolak.. Apatah lagi bila azan islamic finder di komputer berkumandang... Solatku tu selalu saja aku jamakkan, bagi mudah sket aku nak main Dota... kadang-kadang srazu 3 terus bila subuh dah tak bangun...

Aduih, sungguh tertipunya aku... Mudahnya taghut, jahiliyyah, al-hawa dan barat menghancurkan aku... Setan hantar 'tentera' Dota je untuk kalahkan aku? Waarghh... malu nya!!!!

Kawan-kawan... Meh la kita berhenti main Dota !!!... Main Dota tu tak dapat menambahkan walau sedikit pun Keimanan kita kepada Allah... Tapi, lagi melalaikan kita semua pulak adalah...
lalai daripada study, tanggungjawab kita kepada umat dan paling penting lalai daripada tanggungjawab kita kepada Allah swt, Rasulullah saw, dan ibu bapa kita...


Tak payah la lagi nak guna sebab -- boleh menajamkan fikiran, boleh develop fikiran yang kreatif, boleh merapatkan 'ukhuwwah', pandai memanfaatkan masa dll.... semua tu KONON & ALASAN kita je untuk bermain..

Jom! Banyak lagi perkara yang kita dah lama tinggal - Baca Quran, Solat Jemaah, Usrah (ini lagi lama!!!) dan belajar in group....

Jom! Kita bangkit semula...! Bina balik kegemilangan Ummah ini...!

*edited from original version.

Wednesday, October 24

Usah menunggu wahai kawan-kawan...

Ada yang berkata "Banyak sekatan la sana sini.. Takleh buat apa-apa.. Bila dah dapat kerajaan Islam, baru boleh kawal masalah-masalah ini... Baru boleh amal makruf nahi mungkar... Baru boleh ajak semua orang kepada Islam..."

Ada pula yang selalu bising "teruk lah ****.... buat itu ini.. habis negara.... bla, bla, bla.."



Banyak sekatan??? Apa Rasulullah dulu tak banyak halangan dan dugaan ke? Lagi hebat daripada kita... Kita ni apalah sangat kena uji? Orang jeling sket sebab cakap pasal Islam pun dah nak rasa malu ke?

Then, Sampai bila kita nak tunggu? Nak tunggu sampai daulah islamiah tertegak? Kalau semua orang bermentaliti menunggu, melihat, dan terus menunggu dan melihat, maka daulah Islamiah yang diidamkan hanya tinggal
IMPIAN.

Bukan susah pun. Kita sendiri yang perlu bertindak. Mulalah mengubah diri dan mengajak orang lain untuk mengubah diri. Sedarkan adik, abang, kakak, kawan2 semua. Sedarkan mereka bagaimana keadaan umat sekarang...


Then, sentiasa hidupkanlah Islam. Tak perlu tunggu dapat kuasa, dapat jawatan, dapat negara, baru kita hendak menjalankan hukum Islam.


Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :


"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)."

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:


"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Imam Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul Amr Ikhwanul Muslimin pernah berkata,
"Tegakkan daulah Islamiyah di dalam dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu."

Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya
, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam.

Mulakan dengan diri setiap kita. Setiap indivitu perlu bertekad mengubah diri mereka menjadi MUSLIM yang sebenar.
MUSLIM yang BERIMAN. Bukan muslim yang hanya beramal untuk mendapatkan jawatan, mendapatkan pangkat, lalu menegakkan hukum, tetapi apabila tiada pangkat, usaha membina Iman tidak dijalankan.

Jadi sedarlah wahai Remaja-remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!??



Masih hendak menunggu ke?

Saturday, October 20

team player or tukang sorak?

"Setiap yang benar,

betapa ditekan,

tetap menjalar.

Tanpa dibaja,

kan tetap mekar.

Tanpa udara pun,

kan tetap segar."

ungkapan yang sangat indah dan puitis...
KEBENARAN oleh si pujangga A. Samad Said...
begitulah dakwah... tiada siapa yang bisa menahannya... tiada siapa bisa hentikannya... tiada siapa bisa menyekatnya... ia akan tetap terus menderu... menderu mengalir bersama mereka yang sanggup berkorban dan berjuang untuknya...

ingatlah sahabat...
sesungguhnya dakwah ini tidak sesekali memerlukan kita...
bahkan kita sendiri yang amat memerlukan dakwah ini...
DAN JIKA KITA 'JUAL MAHAL' DENGAN ALLAH, NESCAYA ALLAH PASTI MENCARI MANUSIA LAIN YANG MAHUKAN DAKWAH INI... ALLAH TAK MEMERLUKAN KITA PUN UNTUK DAKWAH INI...
walaupun tanpa kita, dakwah ini akan terus mengembangkan dan mengepakkan sayapnya... terbang gah di angkasaraya... menerjah ke seluruh pelusuk alam semesta... demi mengembalikan umat manusia yang kekeringan 'nilai' kepada fitrah semuladinya... dan demi menyelamatkan umat manusia yang sudah lama sengsara dek kerakusan pelbagai ideologi bikinan manusia yang cetek ilmunya...

kini tibalah pula giliran ISLAM dan peranan “UMAT” di saat yang paling genting ini untuk memimpin umat manusia yang berada di jurang kehancuran...
PERSOALANNYA...
apakah kita mahu menjadi team player of the 'UMAT' ataupun sekadar hanya melihat nun dari jauh sambil bersorak-sakan di dalam 'gelanggang stadium' yang suasananya pasti hangat lagi mendebarkan???

"Lari…lari laju sket…cepat kejar bola tu…
Gelecek dia…jangan kasik can langsung!!!
siapakah yang akan menang???
ISLAM ATAU JAHILIYYAH???"

(sambil menjerit)

andaikata ISLAM menang (insyaallah),
apa yang penonton dapat???
dapat habuan??? dapat piala??? dapat insentif???
apa yang penonton dapat???
dapat penat menjerit, dapat penat terpekik, dapat penat terlolong... balik rumah, minum air kosong...

ayuh sahabatku yang disayangi semua...
ayuhlah kita menjadi team player itu...
BE PART OF THE GAME...
walaupun kemenangan itu masih lagi tidak kelihatan, namun kemenangan di syurga itu sudahlah pasti... itulah sebesar-besar kemenangan... itulah kemenangan yang sejati... sesungguhnya janji Allah itu pasti benar, tiada keraguan kepadaNya...

"Mengapa apabila dikatakan kepada kamu 'berangkatlah berperang di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikitpun. Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu."
(At-Taubah: 38-39)

by haidir yusof

Sunday, September 9

Search for it...


Perubahan diri seseorang itu selalunya berkaitan faktor-faktor tertentu yang telah mempengaruhinya dan membuatkan dia ‘turns his points towards the right path’. Ia merupakan satu hijrah seseorang daripada zaman jahiliyah kepada Islam, sikap yang tidak baik kepada baik, dan yang sudah baik kepada lebih bertambah baik. Namun, hijrah ini mestilah berasaskan niat yang suci dan ikhlas. Berdasarkan Hadis No 1 daripada 40 Hadis (Imam Nawawi), andai hijrah seseorang itu kepada Allah dan Rasul, dia akan mendapat Allah dan Rasul. Tetapi, andai dia berhijrah kerana dunia, harta, perempuan dan sebagainya, dia akan mendapat apa yang dia hijrahkan itu.

Hijrah atau perubahan diri ini mungkin mengambil masa yang agak panjang dan mungkin juga boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. Ia bergantung kepada kesungguhan seseorang itu untuk betul-betul berubah. Memang hidayah itu milik Allah. Dia sahaja yang layak memberikan hidayah kepada hamba-hamba yang dikhendakiNya. Namun, kita kena ingat juga yang Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah dirinya sendiri.

Hidayah Menyapa Diri


Kadang-kadang seseorang itu tidak sedar yang hidayah Allah sedang menyapa dirinya. Sudah macam-macam perkara telah terjadi atas dirinya dalam beberapa ketika. Namun akibat tidak mahu mengunakan akal sebaik-baiknya untuk berfikir akan hikmah dan pengajaran daripada apa yang telah berlaku, perubahan itu tidak akan terjadi. Sikap mengambil mudah dan membiarkan nafsu menguasai diri adalah antara sebab diri sesorang itu tidak sedar yang Allah sedang menguji dirinya. Jadi, andai ada terasa waktu dan tika cahaya nur-Nya itu sedang menerangi hidup, garaplah sebaik-baiknya sebelum ia ditarik balik.

Halangan

Akan berlaku pelbagai halangan dan cubaan atas seseorang yang dalam proses ingin berubah itu. Yang pertama sekali adalah daripada musuh utama iaitu Syaitan Laknatullah. Syaitan ini akan menganggu hati kita dengan menimbulkan rasa was-was, syak wasangka, dan tidak mempercayai diri dengan apa yang kita lakukan untuk mencapai suatu perubahan itu. (Surah An-nas). Kedua, adalah daripada golongan manusia sendiri yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan dan juga musuh-musuh Islam. Mereka ini akan menimbulkan pelbagai persoalan yang boleh membuatkan kita menjadi ragu-ragu terhadap apa yang kita inginkan. Namun, bukanlah salah mereka sebenarnya, kerana mereka akan mula terasa janggal dan pelik dengan kelakuan kita yang tiba-tiba menjurus ke arah yang lebih baik dan Islami. Jadi, proses penerangan itu juga perlu ada dan ia boleh dilakukan secara berperingkat melalui pelbagai cara dan kaedah.

Kekuatan

Daripada halangan-halangan tersebut, kita sebenarnya telah diberi kekuatan untuk menghadapinya. Yang pasti dan sudah tentu adalah daripada Tuan Pencipta kita sendiri iaitu Allah s.w.t. Pergantungan dan perlindungan kita adalah hanya terhadapNya. Insha Allah, andai kita beriman dan yakin akan pertolonganNya ditambah usaha dan kesungguhan kita untuk berhijrah kepadaNya dan RasulNya, Dia akan membantu dan memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh halangan dan rintangan tersebut.



*Sebahagian drpd karangan yg kena submit kat atep_xo hari tu... =)
Selamat Berjuang malam² terakhir ini...!